Dari Rakyat Untuk Rakyat

TAKTIK ANWAR MEMBODEK MAHATHIR

EKONOMI TERUS MERUDUM DI BAWAH PAKATAN HARAPAN

PERTAHANAN NEGARA LEMAH, MAT SABU CUBA SABOTAJ EKONOMI NEGARA?

13 August 2018


PUTRAJAYA - “Golongan Pak Nyah (Transmen) ini telah wujud sejak dari zaman Rasulullah lagi. Saya bukan mempertahankan golongan kami ini benar, tetapi saya cuma menegakkan keadilan bahawa memang kami wujud dan perlu diberikan hak yang sewajarnya sebagai seorang manusia,” kata aktivis Mitch Yusmar Yusof.

Beliau yang juga ahli Pertubuhan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED) berkata, “Kerajaan yang cemerlang seharusnya mengakui kewujudan golongan transgender sebagai sebahagian daripada komuniti masyarakat”. 

Beliau berpendapat bahawa ini adalah kerajaan yang menyedihkan selagi mana masih ada diskriminasi terhadap mana-mana golongan masyarakat tidak kira sama ada transgender, kaum Melayu, Cina atau India sekalipun. 

Menurut Mitch, matlamat dan perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan dan bukannya menuntut hak sebagai transgender tetapi hak sebagai seorang manusia seperti orang lain. 

“Kami dinafikan hak untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Hal ini kerana berlakunya diskriminasi semasa temuduga kerja apabila mereka melihat luaran kami yang berperwatakan berlainan dengan identiti, mereka tidak mahu mengambil kami kerja”. 

Tambahnya, “sekalipun kami diterima untuk bekerja, kami harus mengikut peraturan mereka seperti memotong rambut dan perlu mematuhi cara pakaian seperti wanita”. 

“Oleh kerana perwatakan luaran saya bertentangan dengan identiti asal, maka saya menghadapi pelbagai kesulitan di sini. Sebagai contoh, jika saya pergi ke bank, orang akan mempersoalkan suara, rupa, dan nama saya yang berbeza dari apa yang tertera seperti dalam kad pengenalan. 

Begitu juga apabila saya ingin ke luar negara melalui imigresen, mereka tidak percaya kerana gambar ‘pasport’ berbeza dengan apa yang mereka lihat. 

Hal ini kerana kami tidak mendapat pengiktirafan jantina secara undang-undang (Legal Gender Recognition),” jelasnya lagi. 

Beliau mendakwa mereka turut dinafikan hak bilamana mereka tidak diberi kebebasan untuk mendapatkan rawatan kesihatan seperti rawatan hormon. 

Dan sebahagian daripada mereka juga turut menghadapi kekangan untuk menyambung pelajaran kerana perwatakan luaran mereka yang bertentangan dengan identiti asal. 

Walau bagaimapun, beliau tetap menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa bersama isteri dan anak-anaknya tanpa menghiraukan segala tohmahan dan tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap golongan transgender sepertinya. 

“Saya berharap agar semua pihak dapat belajar menerima golongan transgender seperti kami seadanya dan bukan mahu kami menurut sepertimana yang anda mahu,” katanya. 

Mengulas pandangan Mitch terhadap RUU 355, beliau menganggap pemerkasaan undang-undang ini hanyalah kuasa untuk mengawal masyarakat. 

Baginya, keadaan ekonomi negara perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum meningkatkan hukuman sebatan, denda dan sebagainya terhadap masyarakat. 

Sekaligus menolak pindaan Akta 355 yang dikatakannya sebagai “sampah”! Menara.My

10 August 2018


Termasuk semalam, sudah dua kali Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu mendedahkan secara terang-terang tanpa berselindung tentang kelemahan pasukan pertahanan kita yakni Angkatan Tentera Malaysia.

Tidaklah diketahui apa sebab dan musababnya Mat Sabu mendedahkan perkara itu untuk pengetahuan umum, mungkin untuk menunjukkan yang kerajaan Pakatan Harapan ini lebih telus dari kerajaan dahulu iaitu Barisan Nasional atau Mat Sabu ada sebab lain.

Kali pertama, Mat Sabu dedahkan di dalam dewan parlimen yang mana pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM TUDM hanya empat buah sahaja yang boleh terbang, bagi pihak Pakatan Harapan, mereka sudah boleh gelak basar menunjukkan kepada rakyat yang Barisan Nasional tidak mampu menjaga aset-aset pertahanan udara negara, tetapi sedarkah Mat Sabu, di sebalik gelak besar PH itu, ada mata-mata di luar sana sudah mula mencongak-congak tentang kekuatan pertahanan udara negara kita?

Semalam sekali lagi Mat Sabu membuat pendedahan kononnya pertahanan negara lemah berbanding negara Asean yang lain, satu kenyataan yang dilihat cukup tidak adil dan tidak masuk akal, adakah benar pertahanan negara kita cukup lemah?

Benarkah pertahanan negara lemah? peruntukan untuk pertahanan sebanyak RM.17.0 Billion untuk tahun 2018, RM.15.1 Billion (2017) RM.17.3 Billion (2016) dan RM.17.7 Billion (2015) dengan peruntukan sebegitu banyak, adakah adil untuk Mat Sabu mengatakan pertahanan negara kita atara yang terlemah di rantau Asean ini? Laos, Cambodia, Philippines dan Myanmar lebih hebat dari Malaysia?

Malah kita masih ingat lagi, beberapa rakan Mat Sabu ketika itu memperlekehkan aset-aset pertahanan kita seperti mengatakan kapal selam Scorpene milik TLDM tidak boleh menyelam dan ada suara-suara sumbang mereka-mereka yang kini telah menjadi kerajaan dulu mengatakan "buat apa beli senjata canggih-canggih, kita bukannya nak perang pun...!! baik guna wang rakyat tu untuk bina sekolah, rumah, hospital.." dan "alah beli senjata perang canggih-canggih tapi tak guna pun, kita bukan ada musuh, bukan nak perang pun..." itu adalah sekelumit psyche di kalangan pemimpin pembangkang kini mereka sudah pun menjadi kerajaan.

Dengan keceluparan mulut-mulut sahabat Mat Sabu itu dulu, sudah tentu membantutkan usaha kerajaan ketika itu Barisan Nasional untuk memperkasakan ATM, bayangkan ketika Najib Razak membentangkan Bajet Pertahanan, cakap-cakap yang menyakitkan hati pastinya akan keluar dari mulut rakan-rakan Menhan Mat Sabu, pernah sampai satu tahap, rakan-rakan Mat Sabu mempertikaikan peranan ATM yang berkhidmat dibawah panji-paji PBB dan mempersoalkan latihan-latihan ketenteraan yang dibuat oleh ATM di dalam mahupun di luar negara, pembaziran kata mereka.

Jadi, kenyataan Mat Sabu yang mengatakan pertahanan negara kita lemah boleh mengundang petaka buat negara kita, pelabur boleh menarik pelaburan mereka dari negara ini, pelabur tidak yakin untuk melabur di sesebuah negara yang mana pertahanan negara itu lemah dan di akui sendiri oleh Menteri Pertahanan negara itu, bolehkah kita anggap Mat Sabu cuba mensabotaj ekonomi negara?

Dalam sidang media Anwar hari ni beliau ada sebut untuk berbincang dgn Mahathir supaya beri ruang kepadanya untuk sertai parlimen dan 'memulakan proses reform parlimen'...ayat ini agak menarik untuk diperkatakan.

Anwar ni seorang yg amat berhati-hati dalam ucapan dan semua perkataan dia diucapkan dengan teratur...itu yang menjadikan ucapan dia penuh karismatik...apabila dia sebut 'memulakan proses Reform Parlimen', ia menandakan bahawa proses perubahan yang dikehendaki melalui kemenangan PH belum bermula...jadi apa yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen PH sekarang ini?

Ayat ini secara tak langsung membawa persoalan apakah semua tindakan yang dilakukan oleh Mahathir dan anggota kabinetnya sekarang ini masih belum boleh dianggap satu proses 'reform' sehingga Anwar terpaksa menyertai parlimen utk melakukannya?

Kesimpulannya aku boleh katakan bahawa Anwar sebenarnya tidak berpuas hati dengan perjalanan kerajaan dan parlimen yang dikepalai oleh Mahathir...tapi buat masa ini, dia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana silap langkah, buruk padahnya kepada dirinya sendiri dan PKR...apatah lagi sekarang ni parti-parti komponen PH iaitu PAN dan DAP sudah boleh dianggap berada dalam kem mahathir.

Dalam bab ni Mahathir memang cerdik...dia bagi banyak kuasa kepada ahli parlimen DAP dan PAN walaupun PKR mendominasi jumlah kerusi...puak-puak DAP dan PAN yang sejak puluhan tahun berjuang memang dok mengidam nak jadi kerajaan atau nak jadi menteri...so depa sama sekali tidak akan sanggup lepaskan kedudukan depa yang ada hari ini demi Anwar....dengan kata lain, seandainya permusuhan Anwar dan Mahathir kembali berputik...puak-puak DAP dan PAN tidak lagi menyebelahi Anwar kerana tidak sanggup kehilangan peluang yang depa dok idam lama dah.

Kita tengok bagaimana dengann mudahnya mahathir berjaya menyahkan Anwar sebagai calon PM Pakatan Harapan sebelum PRU 14 hari tu tanpa banyak tentangan...padahal sebelum penyertaan Mahathir dalam kem pembangkang dahulu, jangan boleh ada nama lain dicadangkan sebagai PM walaupun nama yang dicadangkan mempunyai kelayakan...dan kemudian kita boleh tengok bagaimana pemimpin-pemimpin DAP dan PAN menjadi backup kepada Mahathir walaupun beberapa kenyataan Mahathir mutakhir ini boleh dianggap penuh kontroversi.

Justeru, Anwar perlu lebih berhati-hati dalam tindakannya... Tidak boleh dinampak terlalu gelojoh, tapi tidak boleh terlalu perlahan....takut tak sempat merasa kerusi PM.

Alfaqir Ilallah ppk
27 Zulkaedah 1439H

Bank Negara Malaysia (BNM) menyuntik sebanyak RM66 billion semenjak dua bulan lalu bagi menyelamatkan Ringgit Malaysia agar tidak terus merosot menjadi RM4.50 berbanding USD 1. 

Demikian ditegaskan oleh Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus. 

Ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperjudikan wang rakyat di pasaran matawang antarabangsa di mana BNM menjadi salah satu pedagangnya. 

Kenyataan Shamsiah tersebut mengingatkan saya pada kenyataan mantan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz bahawa BNM juga mengalami kerugian sebanyak RM35.009 billion sepanjang 1988-1994. 

Kedua-dua kerugian terbesar dalam sejarah kewangan negara tersebut berlaku di era pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Keempat dan Ketujuh, Dr. Mahathir Mohamed. 

Suntikan sebanyak RM66 billion bagi menyelamatkan Ringgit Malaysia jauh lebih besar dari sebelumnya, malah ringgit terus merudum dan tidak mendapat kepercayaan masyarakat perdagangan antarabangsa SEMENJAK KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENTADBIR MALAYSIA.

Apakah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak tahu mengurus ekonomi dan kewangan negara? 

Apakah peranan dan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh jemaah kabinet dalam perkara ini? 

Apakah RAKYAT MALAYSIA harus terus berpeluk tubuh dan menanti sehingga lima tahun lagi untuk menukar kerajaan? Zamzuri Mohamed Tahir

Kuala Lumpur - Hampir RM 54 juta (USD 12.7 Juta) telah disalurkan kepada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Asia Tenggara seawal September 2011 lagi sehingga Disember 2017 oleh Humanist Institute for Co-operation with Developing Countries (Hivos). 

Antara penerima dana ini adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia, Pink Triangle Foundation (PTF). PTF merupakan badan pemerkasaan LGBT di Malaysia dan antara lain dipelopori oleh Dato’ Faridah Khalid yang juga merupakan ahli kumpulan Melayu berpengaruh, G25. 

Antara perjuangan PTF di Malaysia adalah untuk menyalurkan dana kepada myISEAN, iaitu cawangan program ISEAN-Hivos di Malaysia. ISEAN merujuk kepada Islands of South East Asian Network ataupun kawasan Asia Tenggara secara amnya. 

MyISEAN antara lain dilihat sebagai tempat latihan demi melahirkan pemimpin muda dari kalangan gay dan mak nyah. 

Latihan yang bakal diadakan pada masa terdekat adalah pada bulan September ini. 

Maklumat mengenai latihan ini boleh didapati di sini. 

Hivos adalah badan pejuang hak asasi manusia yang berpusat di The Hague, Belanda. Dengan pendapatan tahunan sebanyak €127.9 juta (RM 637 juta), Hivos mendanai kegiatan pemerkasaan LGBT di Malaysia secara khusus dan di seluruh dunia secara amnya. 

Selain daripada Hivos, PTF juga ada menerima dana dari luar negara khasnya daripada kumpulan yang prihatin akan keperluan golongan LGBT di Malaysia. 

Pada tahun 2016 Sompo Japan Nipponkoa Welfare Foundation telah menyumbang sebanyak RM 15,000 kepada PTF. 

Pada tahun 2014, PTF pernah menerima bantuan daripada Kementerian Perpaduan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melebihi RM 70,000. 

Dengan bantuan sumbangan dari dalam dan luar negara PTF terus mara dalam perjuangannya memperkasakan golongan LGBT di dalam negara. 

Prestasi NGO-NGO termasuk PTF di kawasan Asia Tenggara diberi gred A1, yakni mengatasi jangkauan. Ini membuktikan bahawa perjuangan PTF adalah satu usaha sistematik dan berkesan. Menara.My

11 July 2018


BAGI melengkapkan 'perubahan' 100 hari Malaysia baru, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang juga pemimpin veteran DAP akan dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Kit Siang yang berkelulusan undang-undang dari Lincon's Inn England pada tahun 1977, tokoh paling senior Pakatan Harapan (PH) yang tidak memegang apa-apa jawatan daripada kerajaan PH setakat ini.

Ini selepas mesyuarat penting PH di Yayasan Kepimpinan Perdana Isnin malam yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pPresiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pribumi Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan ketua sekretariat Pakatan Datuk Saifuddin Abdullah .

Mereka bermesyuarat bagi menentukan siapa calon Speaker Dewan Rakyat yang mendapat sokongan akhir PH dan ketiadaan Kit Siang menguatkan desas desus tersebut.

Difahamkan semua empat parti dalam PH mempunyai calon masing-masing namun DAP dan PKR merupakan pilihan utama untuk Speaker.

Ini kerana PPBM dan Amanah telah banyak menerima jawatan samada Menteri ataupun Timbalan Menteri.

PPBM punyai 13 kerusi hanya ada dua kekosongan, Amanah 11 kerusi hanya ada satu kekosongan berbanding 42 DAP dan 50 PKR.

Sementara itu, Bernama melaporkan Kit Siang menyerahkan kepada pimpinan tertinggi PH untuk membuat keputusan berhubung pemilihan calon Speaker Dewan Rakyat.

Penasihat DAP itu berkata jawatan itu tidak menjadi keutamaan kepada dirinya kerana fokus utama adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat yang telah memilih PH sebagai kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kit Siang, yang juga Anggota Parlimen Iskandar Puteri, mengulas desas-desus kononnya beliau adalah antara calon disenaraikan untuk pemilihan Speaker Dewan Rakyat di samping bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais yang menyertai PPBM baru-baru ini bagaimanapun bukan Ahli Parlimen seperti yang disyaratkan oleh PH.

Perlantikan Kit Siang jika menjadi kenyataan menunjukkan pengaruh DAP dalam kerajaan Malaysia baru selepas peguan bela Lim Guan Eng Tommy Thomas dilantik Peguam Negara baru-baru ini. Agenda Daily

Popular Posts

Video