Dari Rakyat Untuk Rakyat

2 July 2018


Tindakan Mahathir Mohamad (MM) membekukan semua akaun milik Umno adalah satu tindakan terdesak MM.

Ada tiga perkara boleh kita lihat disini.

Pertama, MM sedar yang dia hanya menjadi patung cendana dalam pentadbiran negara, dengan memperolehi hanya 13 kerusi parlimen, secara logik akal, parti pimpinan beliau bukanlah sebuah parti yang cukup kuat dan dominan dalam pakatan harapan, segala keputusan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar harus di buat secara konsensus, iaitu dengan mendapat persetujuan dari sekutunya DAP yang memiliki 42 kerusi dan PKR 47, MM perlu mendapat restu dari kedua buah parti ini dahulu untuk buat sebarang keputusan.

Jadi untuk menguatkan cekaman dia dalam kerajaan pakatan, MM perlu buat satu tidakkan, iaitu meminta Umno menyertai PPBM, caranya seperti yang telah di ceritakan oleh Zahid Hamidi (ZH) sewaktu majlis aidilfitri Umno Selangor yang lepas, "membubarkan Umno dan semua ahli parlimen Umno menyertai PPBM" tetapi saranan MM itu di tolak oleh ZH kerana, mana mungkin parti yang mempunya 13 kerusi meminta parti yang memiliki kerusi terbanyak dalam parlimen 52 kerusi di bubarkan, mana mungkin "ular lidi nak telan ular sawa".

Geram dengan kedegilan Umno, maka MM menggunakan SPRM untuk membekukan segala akaun Umno dengan harapan operasi Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dapat di lumpuhkan, sudah pasti keputusan MM menggunakan SPRM setelah mendapat restu dari DAP dan PKR.


Kedua, MM sudah dapat melihat segala tuduhan yang selama ini dia lemparkan kepada Najib Razak (NR) tiada satu pun yang boleh dibuktikan, malah ketika MM buat lawatan ke negara Jepun, dia berkata "Kerajaan memerlukan bukti yang cukup kukuh untuk mendakwa NR" nah.. sekarang NR masih lagi belum didakwa, walaupun pengarah bahagian siasatan jenayah komersil bukit aman mengatakan yang rampasan berkaitan 1MDB yang dilakukan hari itu bernilai 1.1 Billion, tapi JSJK bukit aman gagal memberi maklumat terpeinci, perlu dingat sewaktu rampasan itu dibuat, bukan hanya rumah NR sahaja yang menjadi sasaran, tetapi rumah anak-anak NR juga di geledah bahkan rumah sahabat NR yang bergelar Tan Sri juga turut di pecah masuk oleh PDRM, sekurang-kurangnya enam premis di geledah oleh PDRM, jadi PDRM tidak boleh rangkumkan semua barangan dan duit yang dirampas itu di letakaan di atas bahu NR seorang.


PDRM perlu perincikan berapa nilai rampasan dari rumah NR, berapa pula nilai dari rumah kawan NR yang bergelar Tan Sri, berapa pula nilai rampasan dari rumah anak-anak NR dan berapa sebenarnya yang betul-betul milik 1MDB, bukan boleh main pakai borong semua diletakan diatas pundak NR.

MM nampak perkara itu, jadi untuk menguatkan lagi kes NR dan 1MDB maka diarahkan SPRM untuk membekukan akaun bank parti Umno, dengan alasan mungkin ada wang dari 1MDB masuk kedalam akaun Umno pusat dan Umno negeri-negeri.

Ketiga, Jalan ceritanya seperti yang pertama tadi, bekukan akaun Umno pusat dan negeri, supaya Umno gagal bergerak, saluran bantuan dan peruntukan gagal diberikan kepada Adun dan Ahli Parlimen, maka akan adalah cukung atau hantu dari team MM akan menghasut Adun atau Ahli Parlimen dari Umno supaya menyertai mereka dan mereka akan berjanji untuk menyalurkan peruntukan kepada Adun dan Ahli Parlimen itu, dengan cara ini, Umno akan menjadi lumpuh dan beransur-ansur lenyap.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Video