Dari Rakyat Untuk Rakyat

11 July 2018


Tidak perlu kita pening-pening kepala membaca kenyataan dari seorang perempuan melayu di dalam laman Malaysia Digest,"Aktivis Pakatan Gesa Mansuh Sistem Beraja, Dakwa Monarki Sudah Lapuk". jangan kita pening-pening untuk mentelaah apa yang beliau cuba sampaikan.

Disini saya memberi rangkuman apa kenyataan yang beliau keluarkan:

1.Hapuskan Sistem Beraja Di Malaysia.

Ya.. itulah yang dia mahu sebenarnya, ada banyak lagi cacian dan makian yang langsung tidak masuk dek akal kita yang perkatakan oleh Fadilah ni.

Hanya dengan sekeping gambar, pertemuan Anwar dengan DYMM Sultan Johor, dia sudah boleh menuduh Sultan dan Raja dengan pelbagai pertuduhan.

Anwar cium tangan Sultan Johor 'no big deal" sama juga seperti Shafie Apdal mencium tangan Tun Mahathir.


Cium tangan adalah adat orang melayu dari zaman berzaman, kita biasa mencium tangan orang yang lebih tua dari kata, adakah kita mendewa-dewakan orang itu? tidakkah pernah Fadilah mencium tangan ibu bapanya? tidakkah pernah dia mencium tangan guru-gurunya, kalau dia tak pernah, perempuan ini bermasaalah.

Maka di akhir posting ini, suka saya mengingatkan pada anda semua, kepda bait-bait ayat veteran Komando 69 seperti yang pernah disiarkan dalam History Channel dulu, apa katanya "Komunis tidak menyerah kalah, mereka hanya meletakan senjata, senjata mereka letak tetapi tidak buang idealogi" jadi tidak keterlaluan kalau saya katakan, Fadilah yang berselindung di sebalik nama pertubuhan Gerakan Malaysia Muda ini sudah diresapi dengan fahaman komunis, menghapuskan sistem beraja di Malaysia merupakan salah satu niat komunis sewaktu 14 hari mereka menguasai Tanah Melayu dulu.

Sekarang sudah ada cucu cicit piut mereka yang cuba meneruskan kesinambungan perjuangan komunis. kepada anak melayu yang sayangkan Raja mereka, buatlah sesuatu, kalau makin dibiarkan, makin membiak pula jadinya, cukuplah kita ada Wanji seorang, jangan diberanakkan lagi manusia-manusia seperti ini lagi.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Video