Dari Rakyat Untuk Rakyat

10 August 2018


Termasuk semalam, sudah dua kali Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu mendedahkan secara terang-terang tanpa berselindung tentang kelemahan pasukan pertahanan kita yakni Angkatan Tentera Malaysia.

Tidaklah diketahui apa sebab dan musababnya Mat Sabu mendedahkan perkara itu untuk pengetahuan umum, mungkin untuk menunjukkan yang kerajaan Pakatan Harapan ini lebih telus dari kerajaan dahulu iaitu Barisan Nasional atau Mat Sabu ada sebab lain.

Kali pertama, Mat Sabu dedahkan di dalam dewan parlimen yang mana pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM TUDM hanya empat buah sahaja yang boleh terbang, bagi pihak Pakatan Harapan, mereka sudah boleh gelak basar menunjukkan kepada rakyat yang Barisan Nasional tidak mampu menjaga aset-aset pertahanan udara negara, tetapi sedarkah Mat Sabu, di sebalik gelak besar PH itu, ada mata-mata di luar sana sudah mula mencongak-congak tentang kekuatan pertahanan udara negara kita?

Semalam sekali lagi Mat Sabu membuat pendedahan kononnya pertahanan negara lemah berbanding negara Asean yang lain, satu kenyataan yang dilihat cukup tidak adil dan tidak masuk akal, adakah benar pertahanan negara kita cukup lemah?

Benarkah pertahanan negara lemah? peruntukan untuk pertahanan sebanyak RM.17.0 Billion untuk tahun 2018, RM.15.1 Billion (2017) RM.17.3 Billion (2016) dan RM.17.7 Billion (2015) dengan peruntukan sebegitu banyak, adakah adil untuk Mat Sabu mengatakan pertahanan negara kita atara yang terlemah di rantau Asean ini? Laos, Cambodia, Philippines dan Myanmar lebih hebat dari Malaysia?

Malah kita masih ingat lagi, beberapa rakan Mat Sabu ketika itu memperlekehkan aset-aset pertahanan kita seperti mengatakan kapal selam Scorpene milik TLDM tidak boleh menyelam dan ada suara-suara sumbang mereka-mereka yang kini telah menjadi kerajaan dulu mengatakan "buat apa beli senjata canggih-canggih, kita bukannya nak perang pun...!! baik guna wang rakyat tu untuk bina sekolah, rumah, hospital.." dan "alah beli senjata perang canggih-canggih tapi tak guna pun, kita bukan ada musuh, bukan nak perang pun..." itu adalah sekelumit psyche di kalangan pemimpin pembangkang kini mereka sudah pun menjadi kerajaan.

Dengan keceluparan mulut-mulut sahabat Mat Sabu itu dulu, sudah tentu membantutkan usaha kerajaan ketika itu Barisan Nasional untuk memperkasakan ATM, bayangkan ketika Najib Razak membentangkan Bajet Pertahanan, cakap-cakap yang menyakitkan hati pastinya akan keluar dari mulut rakan-rakan Menhan Mat Sabu, pernah sampai satu tahap, rakan-rakan Mat Sabu mempertikaikan peranan ATM yang berkhidmat dibawah panji-paji PBB dan mempersoalkan latihan-latihan ketenteraan yang dibuat oleh ATM di dalam mahupun di luar negara, pembaziran kata mereka.

Jadi, kenyataan Mat Sabu yang mengatakan pertahanan negara kita lemah boleh mengundang petaka buat negara kita, pelabur boleh menarik pelaburan mereka dari negara ini, pelabur tidak yakin untuk melabur di sesebuah negara yang mana pertahanan negara itu lemah dan di akui sendiri oleh Menteri Pertahanan negara itu, bolehkah kita anggap Mat Sabu cuba mensabotaj ekonomi negara?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Video