Dari Rakyat Untuk Rakyat

10 August 2018


Kuala Lumpur - Hampir RM 54 juta (USD 12.7 Juta) telah disalurkan kepada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Asia Tenggara seawal September 2011 lagi sehingga Disember 2017 oleh Humanist Institute for Co-operation with Developing Countries (Hivos). 

Antara penerima dana ini adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Malaysia, Pink Triangle Foundation (PTF). PTF merupakan badan pemerkasaan LGBT di Malaysia dan antara lain dipelopori oleh Dato’ Faridah Khalid yang juga merupakan ahli kumpulan Melayu berpengaruh, G25. 

Antara perjuangan PTF di Malaysia adalah untuk menyalurkan dana kepada myISEAN, iaitu cawangan program ISEAN-Hivos di Malaysia. ISEAN merujuk kepada Islands of South East Asian Network ataupun kawasan Asia Tenggara secara amnya. 

MyISEAN antara lain dilihat sebagai tempat latihan demi melahirkan pemimpin muda dari kalangan gay dan mak nyah. 

Latihan yang bakal diadakan pada masa terdekat adalah pada bulan September ini. 

Maklumat mengenai latihan ini boleh didapati di sini. 

Hivos adalah badan pejuang hak asasi manusia yang berpusat di The Hague, Belanda. Dengan pendapatan tahunan sebanyak €127.9 juta (RM 637 juta), Hivos mendanai kegiatan pemerkasaan LGBT di Malaysia secara khusus dan di seluruh dunia secara amnya. 

Selain daripada Hivos, PTF juga ada menerima dana dari luar negara khasnya daripada kumpulan yang prihatin akan keperluan golongan LGBT di Malaysia. 

Pada tahun 2016 Sompo Japan Nipponkoa Welfare Foundation telah menyumbang sebanyak RM 15,000 kepada PTF. 

Pada tahun 2014, PTF pernah menerima bantuan daripada Kementerian Perpaduan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melebihi RM 70,000. 

Dengan bantuan sumbangan dari dalam dan luar negara PTF terus mara dalam perjuangannya memperkasakan golongan LGBT di dalam negara. 

Prestasi NGO-NGO termasuk PTF di kawasan Asia Tenggara diberi gred A1, yakni mengatasi jangkauan. Ini membuktikan bahawa perjuangan PTF adalah satu usaha sistematik dan berkesan. Menara.My

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Video